MALACCA BIMMER'S CLUB KONVOI FADHILAT HERBS

18 OCTOBER 2009...Malacca Bimmer's Club (MBC) telah mengadakan konvoi ke perasmian kilang Fadhilat Herbs yang dimiliki hak mutlak Bendahari Kelab MBC iaitu Dr. Suhaimi Ghazali serta upacara majlis simbolik pengislaman ajk logistik Kelab MBC iaitu suadara En. Muhammad Riezman Abdullah yang dilangsungkan di Telok Mas Melaka.

Majlis yang gilang gemilang itu dirasmikan turut serta disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindstrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Md Yunos Husin serta Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Mas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar Negeri Melaka Datuk Latif Tamby Chik.

Selepas itu MBC club terus berkonvoi ke majlis rumah terbuka aidilfitri di rumah AJK Insuran club iaitu En Azman Abu di Taman Paya Emas.

Dan pada malam tersebut kami MBC club berkonvoi pula ke rumah keluarga angkat Riezman di Pengkalan Rama bagi jamuan rumah terbuka bersama-sama ahli keluarga MBC pada malam tersebut.

Inilah hari yang paling banyak aktiviti berkonvoi dan semuanya syukur alhamdulillah berjalan dengan jayanya.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli MBC yang telah menyertai konvoi tersebut bagi menjayakan dan memeriahkan aturcara majlis.